" SEJARAH PENUBUHAN SMUHI"


SEJARAH PENUBUHAN SMU (A) AL-HIDAYAH ISLAMIAH


SMU (A) Al-Hidayah Islamiah (selepas ini dipanggil SMUHI) telah ditubuhkan oleh beberapa orang tokoh agama tempatan yang disegani antaranya Ustaz Haji Ismail Haji Awang, Haji Nik Ali Haji Nik Mat Tuan Yunus Taib dan Ustaz Abdullah Latif.Keempat-empat tokoh ini merupakan pemimpin/ ketua masyarakat yang paling disegani dan berpengaruh pada masa itu. Pada 1960-an mereka bertanggungjawab dalam mendirikan dan memulakann persekolahan awal pada masa itu. Pada awal penubuhan sekolah ini berasaskan sekolah pondok.
Pada mulanya, SMUHI hanya beratapkan daun nipah, berdindingkan buluh serta berlantaikan tanah.Sekarang bangunan SMUHI terdiri daripada simen dan kayu. Bermula tahun 1960, SMUHI yangdibina diatas tanah yang lebih kurang ΒΌ ekar tanah dan memulakan sesi persekolahan dengan hanya beberapa orang pelajar sahaja. Haji Nik Ali Haji Nik Mat antara salah seorang pelajar yang terawal belajardi sekolah ini.
Sebelum itu, tapak SMUHI ini yang terletak di mukim Kampung Chap di daerah Bekelam dalam jajahan Bachok berkeluasan dua lot tanah iaitu sebanyak 0.34538 ekar dan 0.215 ekar tanah sahaja.Tapak tanah SMUHI adalah tanah yang telah diwakafkan oleh seorang individu untuk dijadikan sebagai sekolah.
Tujuan awal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi pendidikan awal kepada masyarakat setempat dalam mendekatkan diri kepada agama dan disebabkan kurangnya penubuhan sekolah agama pada masa itu. Selain daripada itu, tujuan penubuhan SMUHI juga seperti penubuhan sekolah arus perdana yang lain. Antara tujuanya adalah untuk melahirkan generasi yang cerdik pandai, mendidik pelajar-pelajar supaya lebih berdikari dan melahirkan masyarakat yang pandai untuk menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
Bangunan sekolah ini hanya mempunyai 3 blok utama dan menempatkan seramai 78 orang murid dan dibarisi oleh 11 orang guru sahaja (data tahun 2017). Blok-blokdisekolah ini hanya terdiri daripadaBilik Pengetua, Bilik Guru, Musolla, Perpustakaan, 5 Buah Kelas, Tandas,Bilik Gerakan dan Bilik Kemahiran Hidup.



                                                                 Sejarah Penubuhan SMU  (A) Al-Hidayah  Al-Islamiah

SMU (A) Al-Hidayah Islamiah telah ditubuhkan oleh beberapa orang tokoh agama tempatan antaranya Ustaz Haji Ismail Haji Awang, Haji Nik Ali Haji Nik Mat, Tuan Haji Yunus Taib dan Ustaz Abdullah Latif. Keempat-empat tokoh ini merupakan pemimpin / ketua masyarakat yang disegani ramai pada awal tahun 1960-an. Mereka bertanggungjawab dalm mendiri dan memulakan persekolahan pada masa itu di kawasan ini. Sekolah berasaskan sekolah pondok beratapkan nipah, berdinding buluh serta berlantaikan tanah.



Comments